Di TRAQuE, kemahiran mereka bentuk adalah berdasarkan beberapa tahun pengalaman dan memerlukan pemahaman mendalam mengenai proses anda.

Pasukan jurutera mekanikal dan proses kami yang mahir akan memastikan bahawa sebarang penyelesaian mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan sempurna. Pasukan jurutera kami akan bekerjasama dengan anda di setiap peringkat, sama ada dari mereka kotak sarung tangan fleksibel di ruang tunggal yang sederhana, projek skala besar downflow booth yang mempunyai ruang aliran penahanan rendah, mahu pun menambah baik fasiliti yang serba lengkap, demi memastikan semua keperluan dipertimbangkan.

 

Keupayaan Tempatan

Beberapa tahun ini, kami memperakui pentingnya nilai kemampuan tempatan di peringkat awal projek reka bentuk dan pembinaan. Konsep perbincangan awal boleh menjadikannya sukar dan memakan masa sekiranya lokasi kami berjauhan dari tapak pemasangan yang diingini. Keupayaan kami untuk berada di tapak projek itu sendiri dengan projek-projek dan proses-proses lain yang relevan, memastikan bahawa semua pendapat dapat diutarakan dengan mudah dan dipertimbangkan.

Dari Konsep ke Realiti

Kami berkemampuan mengubah konsep menjadi kenyataan dengan menggunakan alat permodelan 3D terkini dan Certified Solidworks Professionals (CWSP). Reka bentuk yang terperinci dihasilkan terlebih dahulu sebelum difabrikasi, sehinggakan sukar untuk membuat perbandingan antara model awal yang diberikan dengan artikel yang telah disiapkan.

Booth MSD


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on TRAQuE" dan hubungi kami .