Login
Latihan Professional
Terjemahkan

traquelogo

TRAQuE menyediakan pelbagai jenis kursus latihan, samada di dalam mahupun di luar tapak perindustrian, sesuai dengan keperluan khusus dari organisasi anda.

Kursus-kursus seperti “Kaedah Pengesahan Analisis” atau “Menulis Sistem Pengurusan Kualiti”, TRAQuE menawarkan suatu set penyelesaian yang komprehensif sebagai salah satu faktor untuk penambahbaik rutin program latihan anda, atau menjadikannya suatu kursus yang berdedikasi.

Seringkali program latihan mungkin menimbulkan kebosanan, tidak relevan, atau pengurusan yang tidak praktikal. Ahli-ahli perunding kami boleh membantu ada mengenalpasti jenis latihan yang bersesuaian dan diperlukan untuk pasukan anda. Ini bagi memastikan bahawa latihan tersebut memberi penekanan dan mencakupi matlamat yang diingini.  

Latihan, rekod latihan berdokumentasi dan kecekapan adalah suatu kemestian dalam industri biofarmaseutikal. TRAQuE boleh membantu anda menyelaraskan sebuah program latihan yang mematuhi syarat-syarat pengawalseliaan. Kami juga boleh membantu membina latihan matriks dan rekod-rekod supaya anda boleh mempamerkan bahawa ahli-ahli pasukan anda bukan sahaja terlatih, tetapi latihan tersebut difahami sepenuhnya dan mereka lebih berwibawa dalam pelaksanaan tugas-tugas seharian.

Good Manufacturing Practice adalah penting dalam sesebuah syarikat pengoperasian terkawal. Kesemua kakitangan seharusnya mempunyai pendidikan, kelayakan, pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk bekerja dalam persekitaran GMP. Kualiti ini mencakupi dari Pengurus Kualiti, sebagai seorang yang membuat keputusan dalam pelepasan lot, sehingga ke pengendali gudang yang menyediakan penghantaran. Tujuan latihan ini juga  bertindak sebagai perniagaan yang praktikal – kakitangan anda akan melaksanakan perkara yang betul kali pertama melalui latihan dan bimbingan jitu.

Mematuhi peraturan GMP bukan sahaja suatu aktiviti, malah ianya juga melibatkan tingkah laku. Di TRAQuE, ahli-ahli perunding kami akan bekerjasama dengan pasukan anda dan memastikan apa yang dipelajari di dalam kelas tidak terhenti di situ sahaja, tetapi sebaliknya menjadi sebahagian tatacara kerja mereka setiap hari.  Kami akan bekerjasama dengan pasukan anda, membantu mereka menangani masalah-masalah aktiviti seharian, serta memastikan apa yang dipelajari menjadi komponen utama dalam tatacara kerja mereka. 

Video merupakan suatu sumber yang tidak ternilai untuk melatih perkeja-pekerja baru atau pun sebagai ulangkaji untuk pekerja-pekerja sedia ada, terutamanya apabila operasi secara manual jarang dilaksanakan. Melalui kaedah video yang direkodkan di fasiliti anda sendiri, ulangkaji pengetahuan pekerja anda boleh membantu mereka mengaitkan subjek-subjek tertentu dan memahami teknik-teknik dengan serta-merta. Kami boleh menyokong anda dengan mewujudkan video latihan yang khusus, serta meningkatkan kualiti rakaman dengan penyuntingan menyeluruh produksi dan pengalihan suara latar. Pasukan kami mempunyai pengalaman luas dalam membina papan cerita, mengarah dan melaksanakan penggambaran, serta melaksanakan post-produksi yang menyeluruh untuk memberikan anda hasil yang profesional.


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on TRAQuE" dan hubungi kami .

Kursus latihan

Beberapa kursus latihan kami yang tersedia:

  • Pengenalan GMP
  • Latihan semakan GMP
  • Amalan Klinikal yang Baik (GCP)
  • Amalan Pembuatan Automatik yang Baik (GMP)
  • Amalan Dokumentasi yang Baik (KDNK)
  • Amalan Makmal yang Baik (GLP)
  • Amalan Pembuatan yang Baik (GMP)
  • Amalan Penyimpanan dan Pengedaran yang Baik (GSDP)
  • Pengesahan Kaedah Analisis
  • CAPA
  • OOS
  • Tukar Kawalan
  • Pengesahan Pembersihan dan Pembersihan
  • Reka bentuk bilik bersih
  • Pengesahan Komputer
  • Kawalan dan penyesuaian label dan pembungkusan
  • PM dan Penentukuran
  • Mengendalikan Aduan
  • Pelepasan Talian dan Pengemasan
  • Penyimpanan dan pengangkutan bahan
  • Beroperasi di Bilik Bersih
  • Aliran Personel dan Bahan
  • Pencegahan pencemaran dan pencemaran
  • Kelayakan dan Pengesahan
  • Pengurusan Risiko Berkualiti
  • Audit diri
  • Persediaan audit
  • Keselamatan Tapak
  • Latihan SOP
  • Pemindahan teknologi
  • Pensterilan
  • Sistem Air
  • Ujian Kualiti Wap
  • Menulis Sistem Kualiti anda

Hubungi kami untuk senarai penuh atau subjek yang disesuaikan:

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.  

Kami menggunakan cookies!
Ok
Kami menggunakan cookies di laman web kami. Sebahagiannya adalah penting untuk pengoperasian laman web ini, sementara bahagian yang lain akan membantu kami dalam penambah baikan serta pengalaman pengguna (menjejaki cookies). Anda boleh menentukan sendiri sekiranya anda ingin membenarkan cookies atau tidak, sepanjang pelayaran anda di laman web kami. Harap maklum bahawa sekira anda menolaknya, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi laman web ini.