Login
ECOsash
English Afrikaans Albanian Arabic Armenian Azerbaijani Basque Belarusian Bulgarian Catalan Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Croatian Czech Danish Dutch Estonian Filipino Finnish French Galician Georgian German Greek Haitian Creole Hebrew Hindi Hungarian Icelandic Indonesian Irish Italian Japanese Korean Latvian Lithuanian Macedonian Malay Maltese Norwegian Persian Polish Portuguese Romanian Russian Serbian Slovak Slovenian Spanish Swahili Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese Welsh Yiddish
Terjemahkan

traquelogo

Sistem Kebuk Wasap Auto-sash yang Terlaris di Rantau Ini dengan Fungsi Tambahan.

TPE EcosashTM telah lama diiktiraf oleh serantau pereka makmal lestari sebagai pilihan pertama mereka untuk sistem sash berautomatik dengan lebih dari 1000 buah unit telah dipasang di Singapura dan 4000 buah unit lagi di segenap rantau ini.

Ia dirancang pada permulaannya untuk meningkatkan kecekapan tenaga dengan menutup sash sebaik sahaja pengendali menjauhkan diri dari kebuk wasap tersebut. Kemampuan sistem seterusnya dilanjutkan dengan penambahan pembukaan sash bebas tangan (hands-free) dan meningkatkan pengesanan halangan di beberapa peringkat, menjadikan TPE EcosashTM III sebuah sistem sash berautomatik lengkap yang berada di pasaran kini. Ianya boleh didapati sebagai alat retrofit untuk kebuk wasap sedia ada atau pun untuk dipasang pada peralatan asal semasa pengilangan.

 

 

Pengurangan Tenaga di Makmal Anda

Kebuk wasap memerlukan pengunaan tenaga yang tinggi di dalam makmal. Pengunaan TPE EcosashTM dilihat mampu menjimatkan tenaga dengan ketara; dengan anggaran pulangan pelaburan adalah kurang dari 12 bulan. Sebuah sistem kebuk wasap berautomatik sash yang berbaloi untuk perniagaan anda!

Dalam pemasangan biasa, sekiranya 10 unit sash boleh diturunkan ke posisi tertutup sebanyak 40% dalam jangka masa 8 jam operasi, penggunaan udara terkondisi merentasi kebuk wasap tersebut boleh dikurangkan lebih dari 70%. Pengurangan ini bermaksud saiz pengilangan berkurang dari segi peralatan downstream, kipas dan penapis, kurangya penyelenggaraan, dan aliran udara yang lebih rendah di dalam makmal memberikan persekitaran yang lebih tenang dan selesa.

 

Peningkatkan Keselamatan di Makmal Anda

Kebuk wasap direka untuk melindungi wap/gas atau sebarang kemalangan yang mungkin berlaku semasa penggunaan rutin, namun sekiranya sash dibiarkan terbuka tanpa pengawasan semasa menjalani uji kaji, wap/gas yang berbahaya atau insiden yang lebih serius boleh tersebar ke persekitaran sekeliling. Oleh itu, dengan memastikan sash ditutup secara automatic bilamana kebuk wasap tidak diawasi oleh pengurus makmal dan kakitangan pengurusan fasiliti meyakini bahawa sebarang insiden adalah terkandung dan tidak merebak ke persekitaran makmal yang lain.

 

Ciri-ciri:

  • Pemasangan boleh dilaksanakan ke atas kebuk wasap yang baru atau sedia ada tanpa masa penghentian (downtime). Penjimatan tenaga adalah dalam kadar segera.
  • Pergerakan turun-naik sash didemonstrasikan secara pengunaan tangan bebas (hands-free). 
  • Penutupan sash adalah secara automatik sekiranya berlaku kelewatan program bagi memastikan kebuk wasap beroperasi dengan selamat dan efisien dalam jangka masa yang lama.
  • Beroperasi dengan mengurangkan aliran udara – menjimatkan tenaga – menjimatkan wang anda.
  • Memperbaiki pembendungan asap - meningkatkan keselamatan pengendali & makmal
  • Sistem built-in sensor pelbagai peringkat - mengesan halangan sash dan mencegah kemalangan.
  • Pemasangan kurang dari 1 jam pada kesemua jenama kebuk wasap dan kebuk almari jenis VAV.
  • Mesra pengguna - mudah disesuaikan

 

Jadikan Ecosash™ Sebahagian dari Makmal Anda Berkecekapan 5 Bintang 

Sistem sash berautomatik merupakan salah satu bahagian dalam memastikan makmal anda beroperasi secekap mungkin. Sekiranya fasiliti anda sudah tersedia ada, kami berbesar hati untuk membantu anda menjalankan audit kecekapan tenaga dan menilai ruang yang perlu diperbaiki. Sekiranya anda ingin membina makmal baru, maklumkan kepada kami mengenai reka bentuk dan kemampuan tempatan yang boleh kami sediakan untuk anda. 


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila “Get on TRAQuE”  dan hubungi kami.

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.  

Kami menggunakan cookies!
Ok
Kami menggunakan cookies di laman web kami. Sebahagiannya adalah penting untuk pengoperasian laman web ini, sementara bahagian yang lain akan membantu kami dalam penambah baikan serta pengalaman pengguna (menjejaki cookies). Anda boleh menentukan sendiri sekiranya anda ingin membenarkan cookies atau tidak, sepanjang pelayaran anda di laman web kami. Harap maklum bahawa sekira anda menolaknya, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi laman web ini.