Kit Uji Koslow 3036 Passi-Flash memberikan anda kemampuan untuk memeriksa tahap kepasifan in-situ dengan keputusan segera, memberikan keyakinan bahawa proses kepasifan anda berjalan baik.

 

Kemajuan seperti ini adalah yang paling signifikan dalam Pengujian Pasif. Keluli tahan karat berpasif tidak akan bertindak balas dengan persekitarannya. Rendaman berpasif, seperti asid nitrik atau asid sitrik, membersihkan permukaan yang bebas besi (iron) dan menyebabkan timbulnya bintik-bintik karat serta permukaan oksida yang terlindung akan terbentuk secara spontan.  Kesan pasif ini akan dilihat pada keseluruhan permukaan. Permukaan bebas besi berkemungkinan berpunca dari pelbagai kerja logam dan langkah penggilap. Justeru untuk menghilangkan bintik-bintik karat ini pada keluli tahan karat, ujian pasif penuh adalah penting, dan dalam kebanyakan kes ia merupakan sebahagian dari keperluan kontrak dalam industri dan kerajaan.

Sehingga kini, pengesahan pasif terdiri dari ujian konvensional menggunakan kuprum sulfat atau ferroxil, atau pun melalui ujian kelembapan dan penyemburan garam yang melecehkan dan rumit. Namun dengan pemilihan Kit Pasif 3036 Flash, anda telah memilih kaedah tindak balas pantas untuk pengesahan anda. Spesifikasi Federal QQ-P-35C telah meluluskan penggunaan meter elektronik untuk mengukur potensi kakisan sebagai salah satu kaedah memeriksa pasif. Jadi anda boleh menggunakan Kit Pasif 3036 Flash dengan penuh keyakinan.

Flash mengukur kecenderungan permukaan keluli tahan karat untuk mengakis. Ia mengesan permukaan bebas besi (iron) melalui proses galvanik. Ujian yang tipikal hanya mengambil masa 1-2 saat – dan ianya mudah. Kontak elektrik dihasilkan di antara sekeping uji kaji melalui sumbu yang lembap.  

Pengukuran ini boleh diulangi di atas permukaan yang telah diuji mahupun di bahagian sensitif,  seperti lapisan atau kimpalan. Nilai bacaan untuk pasif dan bukan pasif disertakan di dalam arahan dan piawaian pasif keluli tahan karat 304 disediakan dalam bentuk kupon bagi tujuan perbandingan ujian dan instrumen daftar-keluar. Sampel uji kaji yang memberi bacaan non-pasif kemudiannya boleh dirawat dengan menjalani rendaman pasif dan diuji semula. Flash boleh digunakan dengan kesemua jenis kromium yang mengandungi keluli tahan karat seperti siri 300 dan 400, serta keluli tahan hujan seperti 17-4, 15-5, 17-7 dan sebagainya. Penggunaan Flash tidak perlukan latihan; ianya boleh digunakan dengan jayanya walaupun dikendalikan oleh kakitangan bukan teknikal.

 

Aplikasi:

  • Memeriksa pasif ke atas kesemua gred keluli tahan karat
  • Mengesan kehilangan pasif semasa perkhidmatan
  • Memenuhi syarat-syarat kontrak
  • Berkesan untuk sampel sekecil 2cm2 dan ke atas
  • Pemantauan secara tidak langsung untuk rendaman pasif dan prosedur
  • Penyelesaian masalah kakisan untuk tangki, paip, dan lain-lain bahagian
  • Lulus ASME BPE

 

Ciri-ciri:

  • Operasi mudah dengan penggunaan sebelah tangan 
  • Ujian pasif terpantas yang sedia ada
  • LED hijau menunjukkan permukaan Pasif
  • LED merah menunjukkan permukaan Aktif atau Tidak Pasif
  • Data yang boleh direkodkan ke dalam PC anda dengan Excel
  • Panel maklumat LCD
  • Isyarat bunyi 2 nada yang boleh didengari
  • Selamat digunakan - Tiada bahan kimia berbahaya
  • Sijil Kalibrasi Tahunan yang boleh dirujuk dari NIST
  • Bateri mudah alih, ringan dan boleh dicas semula
  • Ujian pasif yang tidak merosakkan