Login
Laman Utama
English Afrikaans Albanian Arabic Armenian Azerbaijani Basque Belarusian Bulgarian Catalan Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Croatian Czech Danish Dutch Estonian Filipino Finnish French Galician Georgian German Greek Haitian Creole Hebrew Hindi Hungarian Icelandic Indonesian Irish Italian Japanese Korean Latvian Lithuanian Macedonian Malay Maltese Norwegian Persian Polish Portuguese Romanian Russian Serbian Slovak Slovenian Spanish Swahili Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese Welsh Yiddish
Terjemahkan
 
DapatkanOnTRAQuEx1.5
Kami merupakan sebuah syarikat berdasarkan perkhidmatan kejuruteraan yang berpusat di Singapura, menghubungkan dan melaksakan projek-projek di peringkat global. Kami adalah pakar dalam reka bentuk dan kejuruteraan biofarmaseutikal, pentauliahan dan kelayakan, serta pelaksanaan projek yang merangkumi segala aspek GxP.

 

Latihan

TRAQuE menyediakan pelbagai jenis kursus latihan, samada di dalam mahupun di luar tapak perindustrian, sesuai dengan keperluan khusus dari organisasi anda. Kursus-kursus seperti “Kaedah Pengesahan Analisis” atau “Menulis Sistem Pengurusan Kualiti”, TRAQuE menawarkan suatu set penyelesaian yang komprehensif sebagai salah satu faktor untuk penambahbaik rutin program latihan anda, atau menjadikannya suatu kursus yang berdedikasi.

 

Regulatori

Kami telah membantu beberapa buah syarikat dengan pemajuan projek-projek berpanjangan, kerja-kerja pemulihan, dan memberi bimbingan maklum balas kepada amaran dan saman daripada badan-badan berkuasa. Walau pun anda mengetahui peraturan-peraturan yang sedia ada, melaksanakannya secara praktikal dan berterusan boleh menjadi sukar. Kami boleh membantu anda dengan menawarkan bidang kepakaran yang sesuai dan garis panduan asas supaya anda kekal mematuhinya.

Audit

Walaupun anda berfikiran organisasi anda berjalan dengan sempurna, namun kami boleh membantu anda menerokai ruang untuk diperbaiki. Kebiasaannya mereka yang berhampiran dengan masalah, seringkali terlepas pandang. Penglibatan TRAQuE dalam menjalani pematuhan audit, secara langsung atau pun tidak, membolehkan kami mengenal pasti masalah tersebut dan menyelesaikannya dengan cekap. Oleh itu, kami mampu membantu anda melaksanakannya.

Kelayakan

Dengan pengalaman yang luas sama ada dalam reka bentuk, pembinaan, kelayakan, mahupun fasa pembukaan dari pelbagai fasiliti, ahli perunding kami sedia komited memberikan khidmat kepakaran dan sokongan untuk membantu pasukan anda melaksanakan projek selari dengan peruntukan bajet dan  garis masa.

Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam melaksanakan projek selaras dengan garis panduan ISPE, GAMP 4 & 5, ASTM 2000 serta pelbagai piawai dan polisi dari korporat-korporat multinasional.

 

Kejuruteraan

Apabila ianya berkaitan dengan ubah-suai kemudahan sedia ada, atau membina tapak pengilangan baru,  anda tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan reka bentuk yang sesuai. Di TRAQuE, kami memiliki kemahiran reka bentuk yang meluas dan secara tidak langsung membolehkan kami memberikan khidmat jurutera kami yang berpengalaman serta berbakat kepada organisasi-organisasi di luar. Proses aliran kerja sama ada dari pembekalan bahan-bahan material, tekanan lata yang betul, alat penyimpanan, mahu pun kemasan material, TRAQuE sedia membantu dan memastikan reka bentuk anda adalah kos efisien dan mematuhi peraturan-peraturan.

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.